Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Sunday, June 3, 2012 | 11:51 PM | 0 Lovers
 
Kekasihku sayang..!!!
Mungkin aku memang tidak romantis..
Mungkin aku memang tidak mampu membelikanmu apa-apa..
Atau menemanmu jalan-jalan di pinggir pantai yang indah..
 
Atau mungkin tidak mampu memberikanmu puisi indah..
Mengatakan cinta, rindu dan sayang pada setiap hari..
Itu memang bukan gayaku..
Dan sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya..
 
Aku mencintaimu dengan caraku sendiri..
Entahlah kalau kamu sedar ataupun tidak..
Aku mencintaimu dengan mendoakanmu di setiap sujudku..
Kerana ku tahu Allah akan memberikan cintaNya pada orang yang aku cintai..
 
Aku mencintaimu dengan cara mengerti tentang agama Islam..
Kita sama-sama perbaiki agar dapat menjadi hambaNya yang terbaik..
Kerana.. Insya Allah.. Jika jodoh panjang.. Aku ingin membina keluarga yang penuh mawaddah dan sakinah sepanjang hidup kita berdua..
 
Aku mencintaimu dengan cara sendiri...
Mengajakmu mengenal syurga yang abadi..
Supaya dirimu tahu..
Kelak kita akan bersama-sama di sana sekiranya diizinkan oleh Nya..
 
Aku mencintaimu dengan cara setia padamu..
Saat kau pergi jauh dariku aku masih menyimpan semua tentangmu..
 Aku tahu..
Hal tersebut memang tidak ada romantis-romantisnya..
Untuk itu, aku minta maaf padamu..
 
Tapi, begitulah caraku mencintaimu.
Aku berharap.. Kau mengerti.
Dan kau mampu memahamiku
Dalam setiap langkahku…..
Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH
 
Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya..
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu..
 
Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya..
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku..
 
Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya..
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya..
 
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya..
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita..
 
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian..
Aku tidak marah, aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku..
 
Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa.. 
Aku ada sedikit cinta di hatiku utkmu..
Yang ingin agar kau tau..
Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku..
Jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku..
Bila ada siraman Redha-Nya kita kan bersama..
 
Dan bila tidak..
Aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya.. 
Jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam..
Biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya. 
Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi dirimu..
Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan. .



0 Comments posted :

Post a Comment