Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Monday, May 7, 2012 | 8:31 PM | 2 Lovers
بسم الله الرحمن الرحيم
Kita tidak mampu hidup bersendirian tanpa teman di sisi..betul ke? i dont know...
but, sedar atau tidak,hakikatnya teman memang banyak mempengaruhi kita dalam kehidupan seharian.. Teman juga dikatakan cermin bagi diri kita sendiri..Jika baik rakannya,begitu jugalah dia, jika buruk rakannya,begitu jugalah si dia..

Apabila bersahabat kerana Allah ni,segalanya akan kelihatan manis,semuanya akan kelihatan indah.. Yang pahit ditelan bersama,yang indah dirasai bersama..
kadang-kadang jelous bila tgk sahabat lain curi masa beribadat kpd Allah..
kadang-kadang merajuk bila sahabat tidak layan.. 
kadang-kadang boleh lagi nak bermanja-manja bila sahabat ada free time...
bila jealous,terasa nak jadi macam dia..
bila merajuk,ada yang memujuk..
bila bermanja,ada yang melayan..
soo sweet hubungan persahabatan macam ni kan?



Pernah hati membuak-buak ingin berjumpa dengan sahabat-sahabat  ketika cuti panjang , tetapi perasaan rindu itu diubati dengan pesanan ringkas dari seorang sahabat, yang diambil dari kata-kata Imam Al-Ghazali, 


“ukhwah itu bukan terletak pada indahnya pertemuan, bukan juga terletak pada manisnya kata-kata, tetapi ingatan doa seorang sahabat kepada seorang sahabatnya”..

 Begitulah..apabila ukhwah terjalin kerana Allah,rabithah hati antara kami sentiasa terjalin.Disaat hati merindui, muncul kiriman ringkas yang membuatkan hati turut terubat dengan butir-butir indah yang bersandarkan kepadaNya.macam tahu-tahu je perasaan rindu dihati.. yang pasti,rindu yang halal dari seorang sahabat untuk seorang sahabat. Dan bukannya rindu yang bertunjangkan nafsu semata-mata dengan ungkapan “I LOVE YOU DARLING” dari seorang kekasih kepada seorang kekasih yang belum pasti si dia menjadi teman hidup kita..
Apabila berukhwah kerana Allah, akan membuah benih dihati bahawa sahabat itu ibarat nyawanya sendiri. Menyakiti sahabat ibarat menyakiti diri sendiri.

Rasulullah SAW bersabda, dari Anas r.a: “ tidak beriman seseorang daripada kamu dengan allah sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinnya sendiri”(H.R. Ibn Hibban)

Hadis ini turut menerangkan bagaimana Rasulullah menyeru kepada ummatnya agar mencntai saudaranya seperti mencintai diri sendiri..
 see! betapa pentingnya perasaan cinta terhadap saudara sehingga baginda sendiri bersabda sedemikian..

p/s: jadilah sahabat terbaik buat sahabat kita...


2 Comments posted :

Anonymous miss Ebby said... May 8, 2012 at 1:47 AM

best fren ke tu?

semoga persahabatan anda kekal hingga nun ke syurga...^^
jagalah persahabatan itu sebaiknya..

jika seseorang itu syg kpd sahabatnya,maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya~H.R.Abu Daud~

Blogger ♥ نور فازلينا حميرة ♥ said... May 8, 2012 at 3:32 PM

alhamdulilah...nie lah sahabat adek,,,erm insyallah,,,,amin...:D

Post a Comment