Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Sunday, April 22, 2012 | 11:07 PM | 0 Lovers
 
 
AURATMU WANITA
Ramai je yang pakai tudung labuh tutup dada dah, pakai baju tutup penuh dah tapi sebenarnya ada sikit-sikit lagi yang boleh touch up. Ramai juga yang bukan pakai baju menutup aurat, tetapi pakai baju BALUT aurat. Macam balut nangka.
Formula dia mudah je sis;
1. Tutup semua tubuh kecuali muka dan tangan (hand tau bukan arm).
2. Tak jarang.
3. Tak ketat (maksud dia longgar la).
Maka jadilah kita orang berjaya sebab berjaya ikut peraturan yang Allah buat. Tapi if peraturan yang Allah buat ni pun fail, al makna guane gaya lah nak ikut peraturan yang manusia cipta kat bumi ni kan kan? Hatta buku yang kita sayang pun kita balut bagai, inikan pula anggota tubuh sendiri, tak sayang ke? Tak sayang ke kalau orang bukan mahram jamu mata? Allah jadikan kita indah, lebih indah daripada lelaki. Sampai Allah pun suruh kita tutup aurat comey-comey, hanya mahram ja boleh tengok. Ya la, Allah sayang lebih la maknanya tuh! Best je kan Allah ciptakan kita sebagai makhluk yang cantik, comey dan indah. :D
SAYA TAK KUAT NAK TUTUP AURAT
"Nanti orang pandang pelik. Lagipun rimas lah nak pakai tudung tutup dada, baju tutup segala, stokin bagai. Hisy! Nak buat camna, Allah bagi ujian hati ni tak kuat."
Lah begitu alasannya.
Boleh pengsan aku dengar alasan ala-ala gini. Silap-silap masuk ward terus immediate admit.
Para wanita yang diri ini sangat kasihi, sedarlah bahawa sebenarnya sebelum kita rasa diri kita ni tak kuat, kita dah terlebih dulu lemahkan hati-hati kita dengan kisah-kisah cinta tah-apa-apa kat TV , baca majalah gosip, tengok TV rancangan fesyen terkini, belajar make-up sana sini dan sebagainya. Ni semua lah yang makin melemahkan jiwa. Seriyesly! Kita sendiri yang pilih.
BERJAYA DUNIA AKHIRAT
Orang yang memilih akhirat, dunia satgi datang bergolek-golek kejar dia. Allah tak janjikan kesenangan dunia, tapi Allah janjikan syurga. Wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadapNya dan amat bersungguh-sungguh menjauhi laranganNya. Meskipun untuk itu diri mereka menderita.
Berbahagialah untukmu, wanita yang memilih jalanan taqwa


0 Comments posted :

Post a Comment