Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Saturday, February 18, 2012 | 5:22 PM | 0 Lovers
Entah mengapa air mata ini mengalir tanpa henti,..
Memikirkan ujian-ujian yang melanda diri sejak kebelakangan ini,..
Hamba-Mu ini tidak kuat Ya Allah,..
tetapi,.. aku tahu, Engkau tidak akan menimpakan ujian pada seseorang itu tanpa kemampuannya,..

Ya Allah,..
Kuatkanlah hati hamba-Mu ini,
Kau tabahkanlah hati ini,
Dari godaan cinta insani,
Yang tidak menjanjikan kebahagiaan hakiki.

Ya Allah,..
Ampunkanlah dosaku,..
Bukan niat dihati untuk meruntuhkan iman mereka,
Tetapi semakin aku menjauh,
Semakin mereka mendekati,
Berdosakah diri ini Ya Rabb,?

Ya Rabb,..
Sungguh, aku tidak mahu,
Tidak mahu menjadi panahan syaitan untuk merosakkan iman mereka,
Kau selamatkanlah imanku,
Kau selamatkanlah iman mereka.

Ya Rahman,..
Hamba sedar akan kekerdilan diri ini,
Tidak layak mementukan siapa jodohku,
Aku menolak bukanlah kerana aku memilih,
Tapi aku tidak mahu terus dibuai cinta manusia seawal umur ku ini,
Biarlah aku menikmati dan merasai hangatnya cinta HAKIKI bersujud kepada-Mu,
Apabila tiba masanya,
Akan ku buka pintu hatiku untuk si"dia" seikhlas hati,

Ya Rahim,
Aku rela dikatakan sombong,
Aku rela dikatakan jual mahal,
Aku rela dikatakan itu ini dan sebagainya,
Kerana aku tidak rela dipandang hina oleh-Mu.

Aku takut Ya Allah,
Andai sahaja aku menerima cintanya yang tidak halal,
Adakah Engkau akan redha dengan perhubungan itu nanti,??"Wahai pemilik nyawaku,
Betapa lemahnya diriku ini,
berat ujian dari-Mu,ku pasrah semua pada-Mu,
Tuhan,,kuatkanlah aku,
lindungilah aku dari putus asa,
sakit yang ku rasa,biar jadi penawar dosa-dosaku
moga selamat cintaku~~"

insya'Allah finnajah~ ^_^


0 Comments posted :

Post a Comment