♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Antara 2 cinta..^^
Wednesday, February 22, 2012 • 9:06 PM • 3 comments



Hatiku ibarat padang pasir yang tandus, punyai hati yang sungguh gersang dari cinta-Nya.. Cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diri-Nya. Dialah pemberi CINTA, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-hambaNya terlebih dahulu?? Mengapa baru kini aku sedar akan semua kekhilafan diri ini?? Mencintai manusia,, hanya perit yang aku dapat bukan bahagia...
aku tidak mampu membezakan antara dua cinta yang harus aku utamakan.. (o_0)?? tapi aku amat bersyukur kerana aku telah dipilih untuk sedar dari kekhilafan diri selama ini.. Thank You Allah

Sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu sang kekasih hati... bEt0l,semangatku kembali pulih apabila mengagumi dirimu itu,... Hatiku kembali terisi dengan IMAN saat mendengar kuliah-kuliah darimu... Tazkirah-2 mu,aku ngat sentiasa didalam kotak memori ingatanku,... satu PENGAKUAN, aku mengagumimu dalam diam,.. tidak berani aku menyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif tentang perasaanku padamu....

Kau pemuda SOLEH,disanjung dan dihormati ramai...sedangkan aku, wanita berduka,, solehahku TIDAK PASTI..... -_-"

Sekarang aku dalam perubahan,perubahan mengenal yg Maha Pencipta,... setiap ayat-2 cinta dari-Nya terkesan dalam diriku...
tenang.... damai..... aku tidak mampu memgambarkan perasaanku ketika sujud ku pada-Nya....
kini aku lebih banyak mengisi waktu bersama-Nya tetapi aku tetap tidak berani menyatakan ayat-2 cintaku padamu pemuda SOLEH... aku hanya mampu mengagumimu dari jauh.... (b_d)

Kerana ini bukan masanya, aku lebih percaya pada janji Allah
"LELAKI YANG SOLEH UNTUK WANITA YANG SOLEHAH" ^^,

Aku bermujahadah untuk menjadi solehah.... namun keutamaanku bukanlah untuk mendapat yg soleh,cuma aku hanya mampu membetulkan diri yang selama ini terpesong jauh...

Akhir kalam, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu... bukan kerana ketampanan wajahmu...
bukan kerana keturunanmu,
bukan jua kerana popularitimu.....
dan bukan kerana kemewahan harta milikmu..
tapi semata-mata agamamu wahai kekasih hati..
andai kata agamamu hilang, maka hilanglah cintaku padamu .... 
semoga kau beroleh rahmat dari-Nya.....

p/s: maafkan bilaku tak sempurna, cinta ini tak mungkin ku cegah,, ayat-2 cinta bercerita... cintaku padamu cintailah Dia sebelum dia



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link