Saturday, January 14, 2012 | 1:30 PM | 0 Lovers
sering manusia meminta;
meminta kehendak dan keperluan masing2..
tapi... adakah kita juga buat apa yang dimintaNya?
adakah kita ikhlas dalam membuat apa yang disuruhNya?
semua persoalan itu terletak dalam hati masing2~
hati ini telah disentuh olehNya;
tentang permintaan yang selalu aku mahukan;
permintaan yang tak pernah putus-putus diharapkan;
permintaan yang boleh membuat hati manusia gembira dan ceria~
hati ini diketuk sekali lagi olehNya;
aku meminta? tapi..permintaan olehNya adakah sudah aku lakukan?
permintaanNya yang sudah jelas dimata semua;
permintaanNya yang mudah untuk dilakukan oleh semua manusia~
senangnya engkau meminta wahai manusia;
senangnya engkau tersenyum dengan permintaan;
tetapi PENCIPTAMU sedih;
bukan sedih manusia meminta;
tapi sedih kenapa manusia tidak lakukan apa yang AKU minta?
Dia hanya mahu manusia menjadi seorang khalifah di bumi;
Dia hanya mahu kita beriman denganNya~
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [surah Az-Zariyat ayat 56]
bergenang air mata apabila mengingatkan permintaanNya yang belum lagi aku tunaikan;
sungguh kerdil aku padaMu~
malunya aku padaMu~
walaupun Engkau memakbulkan doa-doa hambaMu;
terima kasih Allah;
dan Engkau membalas cinta lebih besar daripada manusia;
aku akan cuba bersungguh-sungguh untuk mencapai yang termampu;
yang hanya mampu aku lakukan dengan nikmat yang telah Engkau berikan~
~ b.e.r.d.o.a ~
0 Comments posted :
Post a Comment