Sunday, November 20, 2011 | 1:15 AM | 0 Lovers
pahitnya sebuah hakikat
Hati..knapa mudah terusik?
knapa hati ini mudah kecewa?
knapa hati ni mudah tersentuh?
kenapa...rasa kat dalam dada ni..rasa sakit sangat,teramat sakit.....
hati ni berdegup laju
hati ni berdebar-debar
hati ni bagaikan koyak rabah
hati ni..sungguh,bergetar hebat
wahai hati,tahukah kamu
mata ni rasa hangat
ade takungan yang muncul
lalu mengalir laju turun ke pipi
dan semakin lama semakin deras
hati...jangan kecewa
hati...jangan terluka
hati...jangan rebah
mata...jangan menangis
mata...tolonglah berhenti meratapi
mata...pertahankan deriamu
wahai hati...aku mohon agar kau kuat
wahai hati...ku mohon kau kental
wahai hati..
mata ni kerap menangis
terlalu kerap membasahi hati dan jiwa
mata ni tak pernah kering dari air mata
pipi ni..setiap hari menjadi laluan derasnya air mata....
hati..janganlah sedih..
nanti mata menangis
hati..jangan la sedih
nanti jiwa lemah longlai
hati,tolonglah kuat..
jangan mudah terusik
jangan mudah kecewa
jangan mudah melatah
hati,aku tau kau sakit
hati ni milik Allah,,pinjaman dariNya
Allah kan ada...
ngadulah pada Dia,
nangislah dalam sujud kepadaNya
Dia ada disisi HambaNya
hati..
ingatkan jasad yang bersamamu ini bahawa
cukuplah Allah baginya
cukupllah Allah segalanya
cukuplah Allah yang berkuasa ke atas hati-hati yang Dia cipta
cukuplah Allah yang dapat memberikan kebahagiaan kepadanya
hati..
katakan pada jasad yang bersamamu ini bahawa...
lupakanlah ia..Ingati Allah
tinggalkan ia..rapati Allah
jauhi ia..kejarlah cinta Allah,
cinta si pemilik jiwa hambaNya
kerana Allah pemberi kepada rasa cinta dan sayang...
hati,aku mohon kau kuat..
✿..HATI, KAU KENA KUAT..✿
❤¸¸.•» HATI...kau kena kuat, jangan cepat mengalah..jangan cepat
melatah, kalau kau kuat, insyALLAH..
tidak ada apa-apa yang boleh buat kau goyah..
❤¸¸.•» HATI..jangan kau taksub dengan cinta dunia..
cinta itu sementara,
mungkin kau tidak bisa dapat cinta sesama manusia,
tapi penuhkanlah cinta itu hanya untuk Penciptanya
..
❤¸¸.•» HATI..jangan kecewa..manusia lain mungkin tidak tahu apa
yang kau rasa tapi Allah sentiasa ada..
sentiasa bersedia untuk kau kembali kepadaNya..
❤¸¸.•» HATI..Allah tidak akan uji kau kalau Dia tahu kau tidak
mampu untuk menghadapinya...
Allah tahu kau kuat, setiap kali kau jatuh akibat kekecewaan dunia,
bangunlah kau menghadapNya..
DIA uji kau kerana mahu kau sentiasa sedar,
yang cinta kau itu hanya milikNya..
❤¸¸.•» HATI..kau jangan menangis..
kau jangan sedih..Allah kan ada..
p/s : Hati yang KUAT akan memandang segala-galanya secara positif
0 Comments posted :
Post a Comment