♥ Nur Fazlina Humayra ♥
jawatn kosong...
Monday, October 17, 2011 • 11:02 PM • 0 comments

✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿

Temuduga sebagai "calon jenazah"
- Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN :
1. Ahli syurga dari awal.
2. Ahli neraka dari awal.
3. Ahli neraka sementara - kemudian akan dilantik menjadi ahli syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN NO. 1)
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di padang mahsyar.
3. Keselamatan meniti titian sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
- Bila-bila masa secara 'adhoc' bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
- Di dalam kubur (Alam Barzakh)

KELAYAKAN :
- Anda tidak perlu bawa sijil-sijil, termasuk sijil saham - termasuk saham internet.
- Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belang atau kad kredit.
- Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
- Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, handsome, berbadan tegap atau seksi.
- Sila bawa dokumen asal iaitu : iman dan amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL / PENEMUDUGA :
Munkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan Anda..?
2. Apa Agama Anda..?
3. Siapa Nabi Anda...?
4. Apa Kitab Anda...?
5. Di Mana Kiblat Anda...?
6. Siapa Saudara Anda...?

CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama IZRAIL.





“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link