Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Thursday, September 15, 2011 | 7:09 PM | 0 Lovers
                                                        ✿.✿ بسم الله الرحمن الرحيم ✿.✿




Diriku ditinggalkan,
Diriku menyendiri,
Diriku di kelilingi,
Aku hanya mencari,
Masih belum aku ketemu,
Kerana aku tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.

Aku bersedih,
Aku bergembira,
Aku biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.

Pernah,
Pada satu ketika aku menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Aku merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanku.

Pernah,
Aku bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ aku terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.

Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahuku bahawa aku tidak keseorangan,
Yang meyakinkanku bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.

Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhku untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahku,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosaku,
Yang sanggup menerima usahaku walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisiku.

Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar diriku dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.

Pernah,
Diriku merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya aku hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu aku mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu aku biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.

Pernah aku terfikir,
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertiku,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.

Buat aku yang hina,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertiku?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.

Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah SWT,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.

Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, aku hilang cintaku kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.


0 Comments posted :

Post a Comment