♥ Nur Fazlina Humayra ♥
~tATKALA hidayah meNYApamu~
Saturday, August 27, 2011 • 2:18 PM • 0 comments








Semua insan pasti akan berubah.
yang tidak berubah hanya Allah..
namun kita diberi dua pilihan,
berubah kearah kebaikan atau berubah kearah keburukan..
namun kupasti dirimu berubah kearah kebaikan..
sesungguhnya,dirimu terlalu berharga untuk berubah kearah keburukan..
Disamping Allah tahu siapa dirimu yang sebenar,
Dikau juga tahu siapa dirimu yang sebenarnya…
dirimu dapat membohongi diri sendiri..
Lebih-lebih lagi,dikau tidak dapat membohongi Allah..
Sungguh,hakikatnya perubahanmu akan merubah orang lain..
Kuatlah sahabatku..
Tabahlah hadapi segala kemungkinan..
Dirimu akan sering diuji..
Sehingga merasakan dirimu terlalu lemah,
Disaat dirimu diduga pelbagai dugaan,
Kuatkanlah hubunganmu denganNYA,
Ingatlah,
Tiada yang senang didunia ini..
Andai dirimu dimaki,andai dirimu ditertawa,
Ingatlah Allah sentiasa bersamamu,
Sahabatmu ini sentiasa disisimu..
Jangan mudah putus asa kerana perjuanganmu baru bermula..
Yang kita cari didunia ini ialah keberkatan,
Ingatlah setiap apa yg dikau berikan,akan dikau terima
Biar sedikit,tetapi disyukuri..
Itu lebih baik daripada banyak tetapi dikufuri..
Ikhlaslah dalam setiap perbuatanmu..
Bersyukurlah kerana dirimu dipilihNYA..
Bersyukurlah kerana dirimu berhijrah.
Dari yang biasa-biasa kepada yang luar biasa..
Dari yg tidak merasa nikmat islam,
Kini amat merasa kemanisan iman dan islam..
Percayalah sahabat,
Diri ini mengharapkan dikau menjadi seperti karang didasar lautan,
Tidak terusik oleh badai dipermukaan..
Walau dimana dirimu berada,
Diri ini tahu jauh disudut hatimu,
Kau tetap seorang hamba Allah yg serba hina..
Sahabat,
Jika dirimu yakin dengan hatimu,
Dan pasti dengan janji Allah,
Ayuh..!!
Kita mengorak langkah..
Dirimu tidak keseorangan..
Ingat selalu kata-kata ini:
‘’perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis’’..
Semoga dirimu istiqomah dalam jalan yg dirimu 
pilih..







“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link