♥ Nur Fazlina Humayra ♥
~Rahmat-Mu menyambut ku~
Tuesday, August 9, 2011 • 6:39 PM • 0 comments


Cinta-Nya tak pernah gagal
Untuk hadir dikala ku sepi
Dikala ku sedih...

Sebelum ku sempat tangis
Jatuh ke bumi
Rahmat-Mu menyambut ku

Hikmah hidayah-Mu rupanya
Pintu kemenangan 
Bagiku untuk pulang 
Melalui jalan sehala

Janjiku kesungguhan yang pasti
Untuk sentiasa berada
Di atas jalan itu
Ujian itu ibarat sebuah pintu.
Kuncinya umpama hidayah, berkat kesabaran dalam mencarinya.
Aku telah berjaya membuka pintu itu.
Aku telah mendapat apa yang aku perlukan.
Aku, kini tahu apa yang aku tak tahu sebelum ini.
Pintu itu membawa aku masuk ke suatu tempat, di mana aku mula belajar mengenali-Mu.
Aku tidak sejahil dahulu lagi, namun masih banyak yang aku tak tahu.
Terima kasih, Ya Allah kerana menunjukkan jalan itu. "

Ujian memberi kekuatan.
Semakin besar dan kuat ia, semakin tinggi kesabaran yang perlu dipupuk.
Yakinlah dengan janji-Nya.
Allah sentiasa menyanyangi kita.
Jangan menyalahkan dan mempersoalkan ketentuan-Nya terhadap kita.
Memang manusia digalakkan untuk berfikir akan hikmahnya.
Tapi jangan terlalu banyak berfikir  kerana banyak berfikir boleh menjadikan kita lemah, tidak percaya akan janji-Nya sekiranya hikmah itu belum dapat digapai.
Berfikirlah untuk mencari jalan penyelesaian.
Bukan berfikir tentang apa yang akan Dia akan berikan kepada kita.
Takut-takut, kita akan berasa kecewa.

USAHA, DOA, DAN TAWAKAL....

Itulah kekuatan kita, sebagai hamba-Nya...

Wallahu'alam....


“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link