♥ Nur Fazlina Humayra ♥
Jujurkah diri ?
Friday, August 19, 2011 • 5:15 PM • 0 comments



credit : ustaz google
Jujurkah diri
Saat menyatakan
Cinta ini hanya diserah pada-Mu
Diri terlalu malu
Kerana hanya Engkau Tahu
Apa yang terselindung disebalik hati
Namun untuk mengatakan tidak
Takut sekali diri derhaka
Bila kecewa menghuni
Lalu kesedihan meraja
Ia selalu mengalirkan tangis
Namun bila terkandas
Dalam lautan dosa
Mengapa tidak kerap pula
Mengalirkan jernih air yang serupa
Andai apa yang selalu diandaikan
Menatijahkan kedurhakaan
Menjauhkan dari ta’bbud
Menjarakkan dari redho-Nya
Bungkamkanlah andai itu
Dari tutur hati bicara
Kerna sesungguhnya
Disebalik andai itu
Diri selalu menyelit harap
Yang sering sahaja di salah tafsir manusia
Ya Hannan Ya Mannan
Kurniakan nikmat merasai cintai-Mu
Serta kurniakanlah cinta-Mu itu
Kurniakanlah orang yang mencintai-Mu
Cinta dari hamba-Mu yang mencintai-Mu
Yang mengharap cinta orang yang mencintai-Mu
Kerna hanya Engkau sahaja pemilik cinta itu
Dan Engkau sahaja yang akan memberikan cinta
Kepada siapa dan untuk siapa


“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link