♥ Nur Fazlina Humayra ♥
~Hidup Dan Cabaran~
Tuesday, August 9, 2011 • 6:21 PM • 0 comments




 
Hidup kita setiap hari diatas muka bumi ciptaan Tuhan ini pasti tidak ceria tanpa dugaan dan cabaran. Buatlah apa sekalipun, pergilah kemana – mana sahaja, ada saja perkara yang menguji kita.
Sesungguhnya  hidup tanpa dugaan dan cabaran adalah hidup yang amat – amat membosankan. Bagi mereka yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental, walau apa sekalipun yang terjadi dalam hidupnya, dia pasti akan terus mengharunginya dengan tabah dan kuat.
Tetapi, jika seseorang yang lemah iman, jiwa dan semangatnya pasti akan mudah melatah dan pasti akan mengalah dengan segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Bukan semua orang sama, kita dikurniakan dengan bakat dan keistimewaan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.

Anda bagaimana? Pernah alami atau tidak cabaran dan dugaan yang perit dalam dunia ini? Adakah anda berjaya menghadapi dengan tabah dan tenang dugaan dan cabaran itu?
Sejak saya celik mengenal dunia sehingga sekarang, dah banyak cabaran dan dugaan yang saya tempuh untuk teruskan kelangsungan hidup hari ini. Sebagai contoh, saya telah mengharugi cabaran ketika lahir di muka dunia, cabaran untuk hidup dari kaki selebar dua jari menjadi besar dan gagah, cabaran ketika duduk,  jatuh dan mula untuk berjalan, cabaran semasa mula kenal alam persekolahan, cabaran dalam peperiksaan dan akhirnya sekarang...
Biasalah, adat dan resam manusia. Lagi berusia dan lagi meningkat umurnya seseorang lagi besar dan lagi berat cabaran dan dugaan yang akan diredahi oleh manusia tersebut.
Tersentap saya melihat mak dan ayah, mengharungi cabaran dan dugaan dalam hidup. Mereka sudah mengharunginya sejak dari mempunyai anak seorang sehingga sekarang mempunyai empat anak ,
Sesungguhnya, cabaran dan dugaan itu mengajar diri kita dan menjadikan kita matang. Bak kata pepatah Melayu dulu – dulu, Kalau dah terhantuk baru nak terngadah. Bila dah terhantuk tak boleh nak buat apa, baru nak mengadu sakitnya. Apabila dah berada dalam situasi kesakitan, tak guna lagi dah nak mengadu dan mengenang nasib diri, sendiri cari pasal tak mahu nak berhati – hati.
Hidup didunia bak bola diatas padang, seperti tayar basikal yang bulat. Hari ini kita seronok dan kita selesa kerana berada diatas, TETAPI jangan alpa dan bongkak! Satu hari nanti, kita akan kembali berada dibawah jika tidak dapat hendak menjaga segala – galanya yang kita telah peroleh sekarang.Berfikirlah sepuluh kali sebelum kita melakukan sesuatu itu dan andai mendapat jawapannya renungkan sejenak andai ia baik bagi kita fikirkan adakah ia baik buat generasi selepas kita.........jangan kita pentingkan diri kerana hidup kita terlalu singkat....fikirkan generasi kita nanti.................


“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link