Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Sunday, August 14, 2011 | 5:18 PM | 0 Lovers
Buat Sahabat
"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka.Jika aku dapat, aku akan setia padanya- IMAM SHAFIE


Ada ke lagi sahabat seperti ini? Ntahlah kan, susahlah nak cari kawan yang betul2 menjadi sahabat baik kita. Yang susah senang bersama kita, yang boleh menjadi teman disaat kita menangis dan ketawa.

tanpa kita sedar Kdg2 words atau ayat yang keluar dari mulut seorang sahabat itu sebenarnya memberi impak yang cukup besar pada diri kita.Orang akan menilai kita berdasarkan kata-kata yang keluar dari mulut seorang sahabat.... sebagai contoh " Aku tak mahu cakap dengan dialah, dia tu bukan boleh percaya, asyik cerita pasal orang saja" dan lagi "jangan cakap kuat2 nanti dia dengar, dia tu bukan boleh percaya sangat" ayat ni sebenarnya ayat bergurau kerana semasa sahabat itu bercakap seperti ini kita ada didepan, (tp walaupun nampak bergurau, tapi memberi kesan yang tidak baik pada kita)


boleh ke seorang kawan atau sahabat baik berkata begitu tentang sahabat baik nya sendiri? ayat ini walau nampak seperti bergurau tapi pada aku sedikit sebanyak membuatkan kawan kita tidak dipercayai dan disukai. Apa orang lain akan kata atau apa pandangan orang lain bila mendengar ayat ini? tentu orang beranggapan kita ni jahat, tak boleh dipercayai atau pun sedikit sebanyak menjatuhkan maruah kita..inikah sahabat yang kita boleh kongsi suka dan duka? inikah contoh2 sahabat yang boleh kita jadikan kawan menangis dan ketawa bersama? Tepuk dada tanyalah perasaan, ermmmm ...ntahlah kan...

Aku sering mengingatkan diri, dalam persahabatan bicara dan tutur kata harus dijaga, menjadi pendengar yang paling baik takkala sahabat kita ditimpa musibah.Aku sendiri pernah merasa dikhianati oleh sahabat baik, tapi sedikit pun aku tak rasa ralat bila dia mengkhianati persahabatan kami pada aku dunia ini luas, manusia ramai diluar sana yang sudi menjadi kawan, sahabat dan teman buat aku.

Manusia ni macam2 ragam dan sifat...tapi yang paling penting berbuat baik sesama manusia bukankah itu dituntut dalam islam? semoga Allah memberi aku kekuatan dan ketabahan untuk terus berbakti dan berbuat baik sesama makhluk Allah....Amin...

mungkin allah nx menghukum aku diatas kesalhan lalu aku terhadap sahabat ku...


0 Comments posted :

Post a Comment