Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Tuesday, June 14, 2011 | 6:15 PM | 0 Lovers

Dalam banyak-banyak penyakit, penyakit yg paling bahaya adalah sakit hati. Malahan penyakit ini juga paling sukar untuk diubati sepenuhnya. Bila hati sudah sakit, manusia boleh hilang pertimbangan. Bermakna akal bukan lagi pengemudinya. Aduh sungguh bahaya.


Kita sebolehnya mengelak dari bersua dengan orang gila a.k.a orang hilang pertimbangan. Bagaimana kalau orang hilang pertimbangan itu kelihatannya normal di mata kasar. Lagi bahaya. Mereka ini ada di mana-mana. Kerana hati perkara yang berubah-ubah. Bila ia sakit, itu masa kita perlu berhati-hati. Sama ada hati kita sakit, atau hati manusia sekitar kita yang sakit. Risikonya lebih kurang sama – bahaya.
Tahap penyakit ini pastinya memerlukan dos ubat yang berbeza. Bila hati kita amat sakit, ada yang sanggup mengambil nyawa! Nyawa diri sendiri atau nyawa orang yang dia sakit hati. Orang melayu kita terkenal dengan sifat sakit hati dan dendam (Maaf kalau ada yang tak setuju). Buktinya bomoh ada di mana-mana. Ramai juga yang terkena penyakit ‘buatan orang’.
Bila hati kita sakit, kita bertindak membelakangkan akal. Letak mulianya manusia kerana anugerah akal. Dengan kata mudah, orang yang hatinya sakit sukar untuk menjadi insan yang mulia.
Jagalah hati (peringatan buat diri sendiri juga). Hati yang sekeping ini penentu sifat kita.






0 Comments posted :

Post a Comment