♥ Nur Fazlina Humayra ♥
aNdAi LaKi TaHu!
Friday, March 25, 2011 • 10:39 PM • 2 comments

Andainya lelalaki itu tahu..
Apabila seorang perempuan itu jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi...
lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata,
itu bukannya bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
menyintai lelaki itu




Andainya lelaki itu tahu..
apabila seorang perempuan itu marah kepadanya,
sememangnya dia tidak mampu mengawal perasaanya tapi..
percayalah, itu bermakna dia sangat mengambil berat tentang kamu
dan amat menyayangi lelaki itu..

lihatlah saja pasangan yang baru bercinta
mereka jarang bergaduh.
tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki itu tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..

Andai lelaki itu tahu..
Apabila perempuan itu cemburu,
itu bukan bermakna dia tidak percayakan anda,
dan bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda..
dia terlalu takut kehilangan anda..
dan menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan perhatian
kadang2 dia terlalu risau sekiranya dia terlalu
mempercayai anda..
anda akan mengkhianati kepercyaan yang diberi.
naluri keibuannya sangta kuat.
dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki itu tahu..
Apabila perempuan merjuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukuplah dengan perhatian yang boleh
membuat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki itu tahu..
apabila perempuan itu jarang menyatakan 'I love u',
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai anda
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukannya hadir dari kata2 semata tetapi melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki itu tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
apabila berjuhan,
hanya bayanganmu akan sentiasa bermain di matanya.

Andai lelaki itu tahu..
Apabila perempuan kata lelkai lain lebih baik dari kamu,
jangan percayakan kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
selagi dia dengan kamu,
percayalah,
walaupun perempuan menganggap maseh ramai lagi yang lebih baik dimatanya,
tetapi dihatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki itu tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud ingin menjadi degil tetapi,
ingin menguji sejauh mana lelaki itu bersabar dengan kerenahnya.
percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangn terkejut jika akhirnya dia menukar fikiran dalam masa sesaat.

Andai lelaki itu tahu..
apabila perempuan berkata "Tolong tinggalkan saya!",
Percayalah dia tidak bermaksud untuk menyuruh anda pergi selamanya.
dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
apabila dia kembali tenang, percayalah..
dia akan mencari anda semula.
itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dngan perubahan diri anda.

Andai lelaki itu tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelkai dan perempuan itu
dengan perbezaan tersendiri.
tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan Allah indah sekali.
Disebalik airmatanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan
seorang lelaki itu selamat dan damai bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan juga mungkin bisa membuat
lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi, hargailah kehadiran seorang perempuan dalam kehidupan
anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi..
dia juga menjadi kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna dengannya.

Dialah yang bakal menjadi perempuan berkerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anank2 anda..:)



“Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagaikan dirimu di akhirat nanti” -Saidina Ali Bin Abi Talib-
-NurFazlinaHumayra-


Aku bukan malaikat. Dia bukan nabi. Kau bukan tuhan. Kita cuma manusia biasa. Cukuplah Allah saja yg tahu niat aku. Tak perlulah kau nak tahu.Aku bkn sesetia Khadijah.Aku bkn setakwa Fatimah.Aku bukan sepintar Aisyah.Aku bukan sehebat Sumayyah.Aku hanyalah pendosa tanpa noktah.
Diary About Link