Navigation : Home | Facebook | Twitter | Follow | Dashboard | Newer | Older


PLAY HERE


❝ Someone Like U ❞



Sunday, August 28, 2011 | 4:30 PM | 0 Lovers


Kata-kata Khalid al-Walid kepada Hormuz ketua angkatan tentera Parsi:

فلقد جئتك بقوم يحبون الموت كما تحبون الحياة!
"Maka aku telah bawakan kepadamu ( bersama-sama ) ku orang-orang (tentera) yang cinta mati, sebagaimana kamu semua yang cinta hidup!"

Saudara-saudari para pejuang sekalian,

Selagi mana rukun Allah swt tidak dapat ditegakkan, yakni al-Quran dan Sunnah tidak dapat dijalankan di dalam negara kita ini, selagi itulah berdosa seluruh umat Islam yang tidak cuba berjuang untuk menegakkannya di Malaysia.

Kita berjuang bukan untuk mendapat puji-pujian dari sesiapa, bukan untuk mendapat nama, bukan untuk mendapat kesenangan pangkat dan harta atau kedudukan, tetapi kita berjuang adalah kerana mendapatkan keredhaan Allah semata-mata! Dan kita berjuang adalah mencapai tingkatan yang paling tinggi, yakni SYAHID di jalan Allah! Atas nama Allah kita berjuang!

Perjuangan untuk mendapatkan SYAHID bukanlah suatu perjuangan yang main-main, bukan perjuangan yang suka-suka, bukan perjuangan yang olok-olok, tetapi perjuangan ini adalah perjuangan yang merelakan jasad dan roh dilukai dan dicederai separah-parahnya untuk membela Islam, untuk menegakkan daulah Islamiyyah di muka bumi! Perjuangan ini merupakan perjuangan yang memerlukan kegigihan, memerlukan tingkat iman yang tinggi, usaha yang berterusan, dan semangat yang tidak pernah luntur untuk menghapuskan kemungkaran, kemunafikan dan kekafiran di muka bumi ini!

Saudara-saudari yang belum berniat untuk mati syahid, diharap berniat untuk mati syahid mulai detik ini.

Mujahid yang berjuang,
Untuk mengelakkan dari fitnah kubur, SYAHIDlah kamu di jalan Allah! Kerana janji Allah, sesiapa sahaja yang syahid mati di jalan Allah, akan terlepas dari azab kubur, tidak ada lagi roadblock dan sekatan atau soal jawab yang leceh, terus-menerus ke syurga! Terus menerus ke syurga! Terus menerus ke syurga!
Terus mendapatkan Ainul Mardhiah bidadari-bidadari di dalam syurga! Subhanallah! Indahnya Syahid!

Jadi teruslah wahai Mujahideen...dapatkan bidadari2mu di syurga nanti. Dan janji buat Mujahid yang soleh dan komited, adalah para Mujahidah yang solehah.

Wassalam. 


0 Comments posted :

Post a Comment